Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet boleh menyebabkan anda mudah lupa. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang. Antara makanan yang jika di makan mampu menyebabkan anda lupa ialah memakan epal yang sudah masam, memakan jeruk, banyak makan bawang besar, ketumbar kering, memakan kepala ikan, memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Ini kerana semut di percayai mengandung sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan. Jangan sesekali makan sehingga kenyang. Jangan makan makanan yang disentuh tikus, makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah dan minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
"Saya Budak Baru Belajar..."Terima kasih kepada blogger2 yg sudi singgah & follow blog saya..
Saturday, August 6, 2011
Makanan penyebab Lupa.
Elakkan Makan Telur Separuh Masak.
Telur kaya dengan protein, lemak, vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi awas, jangan makan terlalu banyak telur kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang mahu merendahkan tahap kolestrol. Simpan telur jauh daripada makanan-makanan yang berbau seperti bawang atau ikan kerana ia menyerap bau. Bakteria dalam telur mati apabila telur di masak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella. Maka golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelakkan daripada makan telur mentah atau separuh masak.
Avokado Untuk Tulang Dan Jantungmu.
Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan peratus daripada adalah lemak. Kandungan lemak di dalam avokado ini berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut, pergelangan kaki seterusnya menghindari penyakit lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari juga boleh membantu menurunkan paras kolestrol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolestrol yang baik untuk menghindari seseorang daripada di serang sakit jantung. Amalan memakan buah avokado untuk kesihatan jantung ini banyak diamalkan masyarakat barat.
Tuesday, August 2, 2011
POPIA SERUNDING IKAN


PUDING KASIH BERTAUT

Saya menggunakan serbuk agar2 berwarna kuning, mencuba bentuk riben menggunakan cetak kuih raya...hehehee..
Resepi asal: Naz @ Cute oven, Small kitchen
Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar) saya guna yg berwarna kuning
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.
Friday, July 29, 2011
TAPAI KELATE

Rupa2nye mudah je wat tapai ni....ready tuk dibungkus. Ni beras pulut yang telah dikukus & kemudian ditabur ragi nya, masih belum menjadi tapai.
Tapai kelate ni dibungkus dgn menggunakan daun getah...Pengalaman pertama membungkus tapai bersama2 dgn ibu mertua ku..hehehe..best bungkus tapai ni, cara yang unik (maklum lah tak penah wat sblm ni...)

