Tuesday, August 2, 2011

PUDING KASIH BERTAUT

Cubaan untuk membuat puding sgt lah berjaya... tergoda tgok puding nye..cantik & menarik tuk dimakan.... Alhamdulillah semalam rezki akak ipar, bukak pose ramai2...bawak la ckit untuk juadah manisan...dorang cakap sedap, mcm2 rasa ada...time kasih! Sume ni pun atas jasa baik tuan empunya resepi berkongsi dgn kite...Thanks!



Saya menggunakan serbuk agar2 berwarna kuning, mencuba bentuk riben menggunakan cetak kuih raya...hehehee..


Special deliver to my neighbour...


Segala jenis puding atau agar2 mcm ni, saya lebih suka dihidangkan bersama susu cair..mmg lazatt....! Percubaan kali ni hanya mengikut kreativiti sendiri...resepi ttp sama.. D best!

By: Kak Ita @ Masam Manis
Resepi asal: Naz @ Cute oven, Small kitchen

Bahan-bahan A

1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar) saya guna yg berwarna kuning
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

2 comments:

  1. Belum sempat nak upload gambar, semalam bukak pose tak dan nak snap dulu...huhu..

    ReplyDelete