Saturday, November 6, 2010

SERUNDING IKAN

1st time.....


Isi serunding tadi dah di isi lam popia ikat ni...


Sebotol...leceh, tapi puas hati...

Assalamualaikum sume... hari ni saya nak share resepi serunding ikan dan popia comel. Sempena raya haji ni nak wat jugak. Tapi memandangkan, kandungan dah masuk lapan ni, nak duduk lama2 pun tak kena... Resepi ni dah wat masa raya aidilfitri, tapi baru skrg sempat nak update..huhu..

SERUNDING IKAN
Bahan-bahannya:

Ikan kembung/ ikan tenggiri - 1kg (saya guna ikan selayang)
2 biji kelapa (diambil santannya)

Bahan Kisar:
25 cili kering (saya wat lebih)
10 cili hidup
2 inc halia
2 inc kunyit hidup
2 inc lengkuas
2 btg serai
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
5 asam keping (2 utk kuali , 3 utk periuk)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Sediakan periuk dan rebus ikan dengan air bersama asam keping, rebus sampai iakn masak. Jangan terlalu lama. Dah siap, sejukkan ikan tersebut, kemudian isi nya diambil dan kisar bersama air rebusan ikan tersebut.
2. Sediakan kuali, tumis bahan yang dikisar + asam keping sehinggga masak, masukkan santan kemudian diikuti dengan isi ikan, tumis hingga kering...
3. Tadaaa..maka siaplah serunding ikan....
4. Boleh lah digunakan tuk isi popia atau makan ngan pulut..sedap! Selamat mencuba!

POPIA COMEL

Bahan-bahan:
Sediakan kulit popia..dipotong kepada beberapa bahagian. brbentuk segiempat sama, (Nad guna yg spring home,kenyal..sng nak ikat) lpas potong jgn terdedah pd udara..





2 comments: