Monday, April 25, 2011

ULANG TAHUN-25

Sebelum dibuka...



Kek Chocolate Blueberry, sblm dipasangkan lilin..


Abg suh letak lilin...

Nice...sblm ape2 kasik snap dulu..keep it as a memories!

Thanks to my hubby....love u so much...tak terlintas plak yang abg nak beli kek. Balik dari keje mlm tadi abg bawak masuk plastik dgn kotak bungkusan yang besar..emm ape lg kalu bkn kek..hehehe. Dari penat melayan si keletah anak kecil yang wat hal dr ptg..tersenyum lebar aku dibuat nye...hilang rasa penat. sempat plak abg singgah kedai kek lps keje... Lpas abg siap bersihkan diri, kami pun sambut jer laki bini, baby tido..lg pun bkn leh mkn. Ingat nak ajak abg ipar sekeluarga, tp dorg pun dah kenyang..kitorang belasah ler 2 org..emmm yummy..dap kek ni.. Dapat rasa kek ckit, alhamdulillah.. Pastu aku tarik tgn abg terus cium tangan dan pipi abg ucap terima kasih, I Love You.....

Thursday, April 21, 2011

APAM POLKADOT

Requested by my neighbour...

Bahan-bah
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Blueberry Cheese Tart


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

AYAM MASAK MERAH KACANG PEAS

Sedap kalu mkn ngn nasi minyak atau beriani

Teringin betul nak makan ayam merah kacang peas. Teringat 18 taun dulu kat kedah, makan nasi minyak mesti ada ayam merah bersama kacang peas, sedap... so arini keinginan tercapai.. di sini ingin ku kongsi kan bersama resepiku yang tersendiri.. (gambar belum sempat nak upload).

Bahan A (Ayam untuk digoreng):

1 ekor Ayam (dipotong kpd beberapa bahagian)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan B (Kisar):

5/8 ulas Bawang Besar
4/7 ulas Bawang Putih
20/30 tangkai Cili Kering
2 inc Halia
2 inc Lengkuas
2 batang Serai

Bahan
1 tin Kacang peas
1 cwn Santan pekat
1 cwn air
Gula (saya letak lebih supaya terbit rasa manis)
dan garam secukup rasa

Cara:

1. Bahan A digaul skali dan digoreng dalam minyak yang panas. Goreng ayam sehingga habis.
2. Gunakan minyak yang sama, tambah jika kurang..tumis bahan yang telah dikisar td. Jgn lupe letak garam dan sedikit gula secukupnya. Tumis sehingga masak, naik bau atau kering. Jangan sampai garing sgt plak!
3. Kemudian, masukkan ayam goreng td dalam sambal tumis, kacau skali lagi sampai sume kena.
4. Masukkan santan + air + kacang peas, kacau rata dan tutup seketika hingga kuah menjadi sedikit pekat.
4. Siap dan bolehlah dihidang..

Saturday, April 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY ADIK!


Kenangan bersama adik di rumah ku...hehe...


Ada je yg mencelah kat blkg tuu...


Happy Birthday to you....


Ala kadar... sume wat sendiri...alone! Masa ni ngah sarat 8++ mnths, preggy..


Sempena menyambut hari kelahiran adik bongsu ku.... dgn susah payah bawak perut yg ntah berapa kilo masa tu,,,ku siapkan sebijik kek coklat dan bbrp hidangn lain utk adik tersayang... Kesian..jauh dr mak bapak..(hehehehe).... Utk hiasan kek ikut kreativiti sndr jek, men taram jer...janji masih nmpak bentuk kek..hehehe.. serba sederhana, tapi hasilnya halal dan bersih, almaklumlah homemade manifactured! (tul ke tidak bahasa aku nih..hehe).
Ada pelbagai lg juadah yg di sediakan mcm bihun goreng seafood tomyam, apam pelangi, keropok ikan, nugget, air ribena jer... Jemputan cuma dalam 15 org jer. ajak saudara mara terdekat sahaja..dorang ckp kek choc. aku sedap! TQ! TQ!
Alhamdulillah..wlupun sederhana tp agak meriah jgk lah...abis licin sume...senang hati gue...........

APAM PELANGI LAGI

Apam pelangi lagi... masa ni buat tuk sambut hari jadi adik bongsu..masa tu tgah ngandung 9 bln, rajin semacam... Sendiri pun pelik! Masa tgah ngandung ritu rajin betul bikin mcm2. Skrg baru tau rupanye baby gurl..bajet baby boy... (org ckp laa..kalu rajin sgt ms tgh ngandung tu baby gurl, kalu malas baby boy...yeke?) Tak kisah mana2, janji.. alhamdulillah...sihat dan comel Tuhan bagi.... (lagipun anak sulong)...
Apam ni kalu betul2 nak lembut dan gebu kena pukul betul2 tau..pukul sampai gebu n warna putih..hasil nye nati pasti memuaskan!