Monday, August 19, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri buat semua Muslimin & Muslimat...

Di hari & bulan yang bahagia ini, ingin ku menyusun jari memohon keampunan dari semua yang mengenali. Di kesempatan ini juga ingin ku memohon doa dari kalian dalam menunggu saat- saat untuk menimang cahaya mata kedua, semoga di permudahkan segala urusan ku & suami....

Aidilfitri 2013, alhamdulillah.... "Cepat betul masa berlalu..."


 Tanggal 8 Ogos 2013 - Selamat Hari Raya Aidilfitri!
 
Aidilfitri 2013 bersama keluarga tercinta + 7 bulan
Kenangan Aidilfitri 2013 bersama Umi Abah tersayang


 
Tanggal 12 Ogos 2013- Selamat Hari Lahir buat suami tersayang....!
Sambutan sederhana di kampung halaman ku, Mantin N.9

Suprise kek untuk abg (actually disambut pd 11 Ogos malam, pasai siblings dah nak balik umah msing2)
 
Si kecik pulak yang cbuk nak memotong kek...

Akhir kata " Salam Aidilfitri 2013"
Keampunan serta doa dari kalian amat diharapkan....

Friday, August 16, 2013

Krepek Pisang Kegemaranku

Resepi & Pembuatan Asal: Rosmazamri MyR

Bahan-bahan:
  • pisang nipah yg dah agak-agak tua/ matang (ikut suka la kuantitinya)
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula sebagai perasa ( larutkan kedua dalam air suam)
Cara-cara:
  1. panaskan minyak
  2. masukkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak( untuk naikkan seri kerepek nanti)
  3. P1110004
  4. bila minyak dah agak panas. sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain..
  5. masukkan 1 atau 2 sudu air garam + gula tadi
  6. P1110005
    goreng la sampai masak, then angkat dan toskan...boleh la rasa masin manisnyer..kalau tawar tambah lg sukatan gula n garamnya..
  7. P1110010
    selamat mencuba!

DONUT GEBU

Resepi & Celoteh Asal: En. Nasron





Gambar sekadar hiasan - En. Google


Bahan-bahan Untuk Donut
  • Tepung Gandum 1 kg
  • Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
  • Gula Pasir 7 sudu besar
  • Garam Halus 1 sudu kecil
  • Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
  • Marjerin 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
  • Air secukupnya

Gambar sekadar hiasan - En. Google

Cara Memasak
  1. Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
  3. Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
  8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
  9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
  10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.
  12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.
  13. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.
  14. Makan dengan beradab dan jangan gelojoh serta jangan lupa baca Bismillah!
Petua & Teknik Efektif
  • Tiada pencetak donut? Jangan panik! Gunakan gelas sebagai pencetak. Gelas kaca atau gelas plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusing-pusingkan dengan tekanan.
  • Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol air, tak kiralah botol air mineral atau botol air apa pun.
  • Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh. Barulah anda buat lubang tengah pulak! Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung supaya tak melekat. Doh yang permukaan atas terbalikkan ke bawah.
Nota: Saya dah cuba sendiri resepi ni. Saya gerenti donut tu insya’allah lembut dan sedap! Orang tak ada gigi pun boleh makan! 1 kg tepung gandum akan menghasilkan kira-kira 70 biji donut! (Bergantung kepada saiz pencetak)