Saturday, October 8, 2011

Keburukan Kacang Soya

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.



Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.

Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.

Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.

Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA
Link KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
Sumber: Matahati AinulQalbi

ME GORENG SEMPOI

Friday, October 7, 2011

TEPUNG

Nama: Tepung jagung
Kegunaan: memekatkan kuah/makanan


Nama: Tepung gandum
Kegunaan: Pelbagai guna


Nama: Tepung semolina/ tepung suji
Kegunaan: biskut/ kuih spt talam suji

Thursday, October 6, 2011

KUIH TALAM SEMOLINA

Salam sume...xda nak ckp bnyk...hari ni rasa rajin nak wat kuih talam..memandangkan tepung semolina ada lebih, tak nak membazir so saya wat talam suji ni..alhamdulillah, cara penyediaan mudah, bahan2 pun tersedia ada... ni pun 1st time nak buat, masih bnyk yg perlu diperbaiki dr segi 'kekemasan'.

Hmmm.. dapat lah seloyang...nak diperabihkan laki bini tak terlayan kut...kasik kak ipar ckit. Dia ckp, sedap, xkeras & xlembik sgt.."sedap amat", katanya. TQ! Alhamdulillah, masih diberi nikmat rasa...mmg sedap lah...ini pun jasa baik yg berkongsi resepi. Terima kasih lah pd tuan empunya resepi tuan resepi di MyR.. (resepi sy copy paste jer- laporan pun di dah post..) Cuma da kelainan ckit pd warna shj, ini tidak akn mengubah tekstur rasa. Saya adunkan warna pink tuk bghn suji..sbb xda stok warna kuning..hehehe..



Apabila siap dikukus, nilah rupa nye....



Potongan yg kurang kemas..huhuhu

Resepi Asal: Delila My
R
  • BAHAN LAPIS BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung suji (dya guna 1 cup shj)
  • 4 cawan santan pekat (dya wat 3 cwn santan cair 1/2 santan pekat dari 1 kotak santan)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning (dya guna warna pink, sbb xda stok..hehe)

  • BAHAN LAPIS ATAS
  • 4 cawan santan pekat (dya guna 1 1/2 kotak santan kara, 200ml x 2kotak-selebihnya tuk lapisan bwh tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan gula merah
  • dya tambah sedikit garam

Tepung semolina /tepung suji

Cara-cara:

  1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

  2. Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan.

Lapisan bawah- eh. ada tgn plak =)


Lapisan atas


Tips: untuk mendapatkan potongan yg kemas dan cantik pastikan kuih talam ni betul2 sejuk...baru lah potong ye....(jgn tiru mcm saya)



Tuesday, October 4, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

BERHATI-HATI

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Info ini saya perolehi dari facebook oleh Matahati Ainul Qalbi

Monday, October 3, 2011

HOMEMADE ICE CREAM

Alhamdulillah...dapat gak merealisasikan impian nak bikin aiskrim ni... Sgt sedap & puas hati, tapi tak dpt lah nak buat selalu...agak manis sikit...xelok lak tuk kesihatan...
Jom kita tgok resepi... Saya jumpa resepi ni kat facebook...Kak Suhana, tapi nak cari balik resepi tak jumpe...huhu..tapi jumpa resepi yg sama kat sini....jom kita semak..
Resepi asal: Mas Kitchen

Bahan-bahan:

3/4 cawan susu pekat manis
2 cawan air masak

1 sudu besar ovalate
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2/3 serbuk koko @ perasa dan pewarna coklat
Adunan dibahagikan kepada 2 warna
cara:

1) tuang 3/4 cawan pekat manis dan 2 cawan air masak dalam periuk
2) masukkan sesudu besar tepung jagung, kacau rata dalam susu dan air tadi (utk mengelakkan cepat cair)
3) kacau atas api sehingga tepung tadi agak masak
4) kemudian sejukkan
5) apabila dah sejuk tambahkan satu sudu ovalate dan esen vanila, koko, @ pewarna dan perisa
6) kemudian kacau dengan mixer dgn kelajuan tinggi hingga gebu, ringan dan penuh bekas.
7) bekukan...:)



Antara bahan-bahan tuk wat aiskrim