Saturday, August 6, 2011

Elakkan Makan Telur Separuh Masak.

eggTelur kaya dengan protein, lemak, vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi awas, jangan makan terlalu banyak telur kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang mahu merendahkan tahap kolestrol. Simpan telur jauh daripada makanan-makanan yang berbau seperti bawang atau ikan kerana ia menyerap bau. Bakteria dalam telur mati apabila telur di masak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella. Maka golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelakkan daripada makan telur mentah atau separuh masak.

No comments:

Post a Comment