Thursday, October 28, 2010

TANDA-TANDA BERSALIN

Kandungan dah masuk 30 minggu..dah tak lama nak 8 bulan...berdebar-debar rasa nya, almaklumlah 1st time. Checkup isnin ari tu, misi kaunsel pasal tanda-tanda bersalin, masa pun dah nak dekat..tapi simple jer..Saya cuba dapatkan maklumat tambahan dari sawang Portal Hamil.Com ni untuk panduan kita bersama..meh kita baca sama-sama..

Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Thursday, October 21, 2010

7 BULAN

Sejak kandungan dah masuk 7 bulan ni, rasa cam sesak nafas jer... duduk, baring..sume serba tak kena..Bila dah duduk nak bangun plak slow2 jer, tidak kang rasa mcm perut ni tegang sgt! Baby lak aktif & sgt kuat menendang, yang tak tahannya asik nak terkucil jer..huhuhu..mals tul nak masuk bilik air. Malam2 plak tidur tak lena...balas nye waktu siang lah..lena betul...tempat yang jadi kegemaran nak baring kat sofa, memang selesa!

Tadi tgok facebook, ada org promote kek lapis sarawak, ori punye.....tetiba terliur plak! Rasa nak mkn something lah...kalu dapat mkn kek tu lg sedap. Time2 lalu mkn ni lah...sume nak ngap jer, yang xsedap pun nmpak sedap. Hubby ckp, muka i pun dah nampak tembam skrg..hehehe...mana tak nye..makan tido jer.hehehe.. Tetiba dah rasa lapar, sempat lagi sambil edit blog, goreng jemput udang, abis sepinggan saya sorang makan..hehe.. Hubby lak ngah khusyuk duk jawab sudoku..semoga berjaya!



Nilah kek lapis sarawak ori yang saya tgok tu...dap nye kek ni..nak wat tak pandai, tapi sejak ngandung ni, saya perasan, suka sgt nak mencuba masak itu ini, tapi tak terbuat pun, mslh nye barang2 tuk proses bahan masih tak lengkap (atau tak ada, takut tak menjadi plak). Almaklumlah masih baru bergelar suri rumah tangga.... Tak pe, pelan2, ada rezki insyaAllah..

Tuesday, October 19, 2010

PUDING JAGUNG & KUAH BUAH2AN KOKTAIL

Bila dah berbadan dua ni...teringin sgt nak mkn itu ini...rasa nak mkn, wat sendiri jer, mcm puding jagung ni...sedap, lemak manis dan tinggi serat! Resepi dari En. Nasron, saya suka mkn puding ni ngan susu segar...bertambah-tambah lah lemak n sedap rasanya...yang mengabihkan pu saya sorang jer...hehehehe... Masuk ni ntah berapa kali dah wat, kira expert dah lah...dah bleh agak dah, skrg ni kalu nak wat men campak2 jer..hehehe. Tapi tuk berkongsi resepi yang sedap ni, ada tertera kat bawah ni... Selamat Mencuba, Pasti Puas Hati!

Bahan-bahannya;

  • Tepung Kastard 1 cawan
  • Air Masak 5 cawan
  • Susu Cair (Optional) 1 tin
  • Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
  • Gula Pasir ½ cawan
  • Garam 1 sudu kecil

Cara Membuatnya;

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
  3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
  4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
  5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
  6. INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
  7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
  8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
  9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.
Dinginkan puding di ruangan biasa dalam peti sejuk dan JANGAN SESEKALI masukkan ke ruangan FREEZER. Kalau puding dah keras membeku, apabila ia kembali ke suhu normal, anda akan dapati teksturnya telah berubah menjadi “berurat-urat” atau “bersakar” dan tak sesuai dimakan, hanya layak ditongsampahkan!

KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)

Bahan-bahannya;

  • Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
  • Susu Cair 1 tin
  • Gula Pasir 4 sudu besar
  • Garam ½ sudu kecil
  • Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
  • Air Masak ikut kesesuaian

Cara Membuatnya;

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana kecil.
  3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
  4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
  5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
  6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
  7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA TAMBAHAN

  • Seeloknya kemanisan puding hanya “manis-manis buah” sahaja sebab ia akan dilumuri oleh kuah buah-buahan yang melengkapkan rasanya yang sebenar – manis, sedikit masam buah dan berkrim susu.
  • Kesan penggunaan SUSU CAIR dalam membuat puding ialah ia akan memberikan tekstur yang lebih lembut, warna putih susu dan rasa “lemak”.
  • Jika SUSU CAIR tidak digunakan, puding akan lebih menonjol warna kekuningan, teksturnya rapuh dan kurang “lemak”.
  • Puding yang dijual di pasaran terutamanya di pasar malam atau pasar ramadhan tidak menggunakan SUSU CAIR kerana faktor kos. Namun jika anda suka rasa yang begitu, so jangan letak SUSU CAIR la. No problem punya!
  • Fungsi TEPUNG JAGUNG dalam bahan membuat KUAH BUAH-BUAHAN ialah untuk memekatkan kuah itu. Jika merasa tidak perlu atau tidak suka, jangan letak. Tiada masalah!
  • Anda boleh tambah buah-buahan seperti anggur, potongan kecil tembikai susu, betik, pic dsb.
  • Ada resepi (dari orang lain yang anda boleh dapat banyak di internet) yang tidak banyak menggunakan air untuk membuat puding. Boleh tu memang boleh, tetapi dikhuatiri jika tak pandai atau tersilap, puding kamu nanti jadi “jelantah” atau tak cukup masak. Kerana waktu memasak yang singkat sebab airnya sikit, tepungnya jadi tak berapa masak pula. Saya syorkan 5 cawan, tapi isteri saya letak 7 cawan… hehehe! Pilih, nak ikut cara saya atau cara isteri saya, dua-duanya boleh! Insya’allah menjadi!
  • Ada beberapa gambar di internet yang saya dah tengok, mulanya saya nak cilok dan letak kat sini tapi tak jadi sebab saya rasa puding diorang tak betul2 masak.
  • Puding jika tidak berapa masak akan cepat berair/berlendir, cepat menjadi basi juga ada “rasa tepung”.
  • Memang perlu waktu yang lama untuk memasak puding yang baik. Anda juga terpaksa menghadapi kepanasan kerana harus mengacau secara terus-menerus hingga adunan menjadi LIKAT DAN BERKILAT. Tapi itulah THRILL dan ADVENTURE membuat puding! Jika ikhlas, di situlah terletak “barakah” untuk diri anda dan diri sesiapa yang memakannya, insya’allah!
  • Mak saya ajar, jika sedang memasak bacalah surah Al-Kautsar dan berdoalah untuk orang-orang yang kita sayangi yang kita sedang memasak untuknya. Insya’allah akan memberikan kebaikan kepada yang memasak dan juga orang yang memakannya. Paling baik untuk keharmonian persaudaraan dan kekeluargaan. Semoga anda dan orang-orang yang anda sayangi akan hidup berbahagia di dunia dan juga di akhirat.
Ni semua celoteh dari En.Nasron (saya suka! =)) Resepi ni saya dah cuba 4 kali termasuk yg nie...alhamdulillah..menjadi, cuma kali ni ,saya kurangkan air kepada 3 cawan sahaja supaya tak lembik bila dah sejuk...rasanya yang lemak manis, sgt sedap!

KUAH ROJAK BUAH



Sumber: Hanieliza Resepi

Bahan A

15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan semua bahan A dalam blender..
2. Masakkan dalam kuali sehingga pekat
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.


Alhamdulillah..resepi ni jadi panduan sedikit sebanyak tuk ilangkan rasa mengidam nih..thanks to kak liza! Petang dpt resepi, malam tu saya cuba buat..tapi ada 2 bhn yg xda stok, mcm petis udang ngan cili api. So, saya guna cili idup + cili kering + belacan + air asam jawa = blend + dlm periuk (gula merah + gula putih + kicap lemak + garam) = main campak2 je, masak sampai pekat & likat..da siap taruk kacang badam baki wat kuih raya...emmmmm sooodaappp...rupa pun menggiurkan! Menjadi walaupun 1st time buat! hehehe... =)
Tapi sayang xdpt nak upload gambar..hp wat hal... =(


Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Sumber: Mengandung.Com Newsletter

Bacaan DEWASA sahaja!

Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

  1. Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

  2. Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

  3. Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

  4. Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Adakah Hubungan Seksual
Semasa Hamil Merbahaya?

Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

  1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
  2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
  3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
  4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
  5. STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

Sumber: Mengandung.Com Newsletter
(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)

Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

Sekian.

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

Sumber: Mengandung.Com Newsletter
(Minggu ke-17 hingga minggu ke 28)

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

Sumber: Mengandung.Com Newsletter

(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.


Saturday, October 16, 2010

KEK OREN


Assalamualaikum wrht.

Izinkan hamba berkongsi resipi Kek Oren yang dipelajari daripada Mak Chaq hamba..,

KEK OREN

Bahan-bahan :-

1.250g tepung gandum

2.Parutan Kulit Oren ( 1/2 biji) ( haluskan)

3.1 sudu teh Bikarbonat of Soda

4.1 sudu teh serbuk penaik

5. 220g gula halus

6. 250g butter

7. 2 biji air perahan limau sunkis ( ambil isi sekali )

8. 2 sudu kecil jus sunkist oren

9. 100ml susu sejat

10. 4 biji telur ( asingkan putih dan kuning telur)

Cara-caranya :

1. Ayak tepung gandum dan gaul bersama parutan kulit oren,bikarbonat of soda dan serbuk penaik. Ketepikan sebentar.

2. Pukul gula dan butter sehingga kembang.

3. Masukkan kuning telur dan isi buah limau.

4. Masukkan perahan limau dan tepung (NO1.) secara berselang seli.

5. Masukkan putih telur,jus sunkies dan susu sejat.

6. Pukul sehingga sebati dan bakar pada 180 darjah,selama 30 minit.

7. Hidangkan dan siap utk dimakan oleh seisi keluarga.

Sekian sahaja...

Selamat Mencuba..

Salam kasih daripada hamba Allah yang lemah...

Terima Kasih kerana sudi membaca...

Wallahualam.

Ihsan dari sahabatku: Nawal Abd Kadir

Friday, October 15, 2010

SENARAI KEPERLUAN BAYI BARU LAHIR DAN IBU

Alhamdulillah...barang2 tuk baby kebanyakannya dah lengkap..cuma ada jugak ckit je lagi yang tertinggal bila wat semakan senarai barang kat bwh ni..Dan yang paling terlupa keperluan ibu selepas bersalin..Kandungan dah 7 bulan, memandangkan anak pertama, sgt bersemangat tuk shopping barang2 keperluan baby walaupun kaki dan pinggang lenguh...Senarai kat bwh ni saya amik dari Blog OurDreamLife utk berkongsi dgn anda sume..

* Untuk Ibu * ke hospital

1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5
5 Stokin 2
6 Kain Batik 3
7 Baju/Seluar Dalam 5
8 Skaf Kepala/Ki 2
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka 1
14 Selipar 1
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater) 1
23 Sikat 1
24 Breast Pad 4
25 Nursing Bra 4

* Untuk Bayi *

1 Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung 3
9 Barut 5
10 Topi 1
* last updated: Ogos 2008

Berpantang (Untuk Ibu)
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

Baby Gear ?
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi
* last updated: Ogos 2008

Diapering Bilangan
1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls
* last updated: Ogos 2008

Nursering
1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding
1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travelling
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

Extra
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 N ursing Clothes / Wear

SAYANGILAH IBUMU

Pendedahan tentang perkembangan janin ni sangat menyentuh hati ku yang bakal menjadi seorang ibu tak lama lagi...Tanpa sedar air mata mengalir melihat pembesaran janin dlm kandungan, tersedar pulak ttg erti pengorbanan seorang ibu. Umi ku sayang (Faridah Baharin) ..terima kasih atas segalanya... I Love You Very Much! Terlalu besar erti pengorbanan mu terhadap anak2mu (Mahfuzah, Nadiah, Yasmin, Nusaibah & Sarah) hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan dan pengorbananmu..
Kini, giliran aku merasai pengorbanan seorang ibu yang membawa kandungan nya selama 9 bulan. Baru tahu rasa keperitan seorang ibu mengandung walaupun kandungan masih berusia 7 bulan. Alhamdulillah..aku dapat mengharunginya dengan penuh sabar dan redha. Keletah si janin dalam kandungan membuatku tersenyum dan terlupa sebentar erti keperitan yang di alami.
Video ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kpd kita ttg pengorbanan seorang ibu dan indah nya ciptaan Allah S.W.T.

Akan Ku Jumpa ( OST Syurgamu Ramadhan ) – Azfar

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari
Namun yakin ku kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu


The Chosen One-Maher Zain


In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

Thursday, October 14, 2010

KISAH ADAM DAN HAWA

Perkenalan selama 4 tahun hanya sebagai seorang sahabat telah menyatukan kami berdua pada hari ini. Daripada seorang sahabat, kini aku sah bergelar isteri kepada seorang suami tercinta selepas diijabkabulkan pada 14 Mac 2010 yang lalu.
Alhamdulillah..usia perkahwinan kami genap 8 bulan pada hari ni. Tuhan Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saat bahagia lebih terasa dengan bakal kehadiran cahaya mata. Pada 21 May 2010, aku disahkan hamil 2 bulan. Syukur tak terhingga...kini usia kandungan telah mencapai 7 bulan. Baby sangat aktif menendang ~~~ suka sgt!! Cuma...agak berdebar utk tunggu 2 bulan lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan ku dan selamat semuanya..amin.