Tuesday, May 17, 2011

TEKNIK

Salam sume di sini ingin nad kongsi kan beberapa teknik yer...sbb kadang ada terbaca keluhan 'chef2' kita yang nak aplikasikan teknik ni pada kek atau apam..tapi xde idea kan..so, bleh la rujuk kat bawah ni...mudah jer..nad pun suka wat ni sume...santikkkk......!


Teknik melapis



Teknik Spider - Nad guna lidi..


Done! Ready tuk di kukus.....

Monday, May 16, 2011

KACANG BUNCIS TEMPE GORENG

Hidangan tegahari tadi...


Antara bahan2 nya... kacang buncis, tempe, cili merah, bwg merah & putih, ikan bilis, sos tiram


Tumis bawang & ikan bilis hingga naik wangi...



Kemudian masukkan tempe, goreng hingga agak garing....


Lastly, masukkan kacang buncis bersama cili merah tadi, goreng hingga masak..jgn terlalu lama..then siap & boleh dihidangkan! Mudah jer kan!

Sunday, May 15, 2011

IKAN TANDA MASAK SOS TIRAM


Ikan tanda masak sos tiram..ready to eat!


Siap di goreng....isi nye lembut gitu...dah xnmpak tanda, sbb sisiknye dah dibuang..


Ni lah rupa ikan tanda...yg dijadikan lauk yg tgah tu..


Hidangan tengah hari smlm..baru hari ni dapat update, cbuk melayan karenah si kecik... just masak semata jer, ikan hasil suami memancing...alhamdulillah..rezki..dalam seminggu ni mang xli lauk kat pasar..cuma sayur mayur jelah...save!Resepi sgt mudah tuk dsiapkan..org bujang pun leh masak ni..

Bahan-bahan:

1 ekor Ikan Tanda
1 sb Tepung jagung
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 biji bwg putih dihiris
1 biji cili merah dihiris
2inc halia
1 sk pati asam jawa
1 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
minyak masak utk menggoreng & menumis

Cara:
1. Gorengkan ikan yang telah digaul bersama tepung jagung & garam di dalam minyak yg panas. Dah masak angkat dan ke tepikan.
2. Tumis bawang bersama halia, dah wangi masukkan sos tiram, garam dan pati asam jawa td..gaul rata. Kemudian masukkan cili merah dan serbuk lada hitam..kalu kering, tambahkan sedikit air tuk lebih berkuah (5 sudu makan). Kacau sehingga masak..
3. Siramkan kuah tadi ke atas ikan..mudahkan!!! Selamat mencuba!

BISKUT COKLAT CHIP BARAT

Masa wat ni, guna kacang badam je semata...

(Ada masalah teknikal..nak edit pun tak leh terpaksa wat baru balik...)

Bahan-bahannya:

200gm gula perang
160 gm mentega
200gm tepung gandum
1 biji telur (xpkai pun xpe, kalu nak pakai, amik kuning telor je)
1/2 sk soda bikarbonat (rata)
1/2 sk esen vanilla
Secubit garam garam
1 cb madu
2 cb susu segar
2cb serbuk koko
100gm kacang badam/gajus/almond/kuaci/walnut
100gm cip coklat
50 gm cranberries (up to you)


Cara-cara:
Pananskan oven terlebih dahulu..
1. Bakar atau goreng kacang hingga masak..jgn sampai hangit!
2. Ayak bersama serbuk koko, tepung & serbuk penaik & gaul rata.
3. Dalam bekas lain, pukul mentega+ gula = rata
4 kmudian + telur +esen +madu +garam & last skali tepung, & gaul sebati.
5. Bentukkan bulat menggunakan sudu & letakkan doatas loyang yg telah di gris.
6. Bakar pada suhu 180c dalam 20min.. sebelum simpan...sejukkan terlebih dahulu..
Selamat mencuba yer....!


TIPS:
1. Pembuatan biskut tak perlu nak pukul kembang2, krn biskut akan mengembang besar, tapi jika suka...'up 2 you'..xsalah...(tp saya tak suka)
2. Penggunaan cecair yang bnyk dlm adunan biskut, tak digalakkan...sbb susah nak bentuk..especially nak buat biskut ala famos amos ni- sy kaut ilmu dr sumber2 pakar dlm pembuatan biskut, jgn ragu2.. (I'd learn already)

Saturday, May 14, 2011

KEK OREN BLENDED KUKUS BEST PUNYA....

Best btl dapat mkn bersama coklat topping....


Mmg puas hati tul la dapat wat kek ni...wangi sgt...sedap lak tuu..tapi nad wat versi kukus nye..


Emmm..hai sume...dah ramai btl yg mncuba respi kek oren blended ni kan..Lepas Apam polkadot mndapat taruhan yg paling tinggi kini kek oren lak mnjadi pilihan ramai org.. Mmg berbaloi-baloi la wat kek ni.. Simple, cepat, mudah... Hasil nye pun, emmm sgt sedap, gebu, lembut, wangi.....best gile....hahaha..Lagi best kalu mkn ngn topping coklat ni.. mcm makan wafer cadbury tuh..hehehe. Budak2 pun leh wat nih...hehehe... Cuba jgn tak cuba, rugi kalu tak cuba...jom semak resepi... Boleh jgk tgok resepi topping disini

Bahan-bahan nye...
1 biji buah oren sunkist, lemon pun boleh...
1 cawan minyak masak- nad guna buttercup yg dicairkan
2 cawan gula halus - nad guna 1 cwn gula pasir je, sedang2 elok jer rasanyer
3 biji telur-buang pusatnya. mcm rupe, leh tgk (sini)
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

CARA MENYEDIAKANNYA :-
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
3. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
4.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
5.Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah disapu mentega/planta.
6. Kukus selama 45 min hingga 1 jam atau sehingga masak.


Buah oren yg menjadi pilihan kek oren blended ku..





Thursday, May 12, 2011

ROTI ARAB & KARI AYAM



Assalamualaikum...
Kembali bersama resepi yang baru saya cuba pagi tadi.. Walaupun percubaan yang pertama..alhamdulillah.. Pada saya adunan sedikit sbnyk mcm adunan nak wat donat..cuma apa yg membezakan nya...adunan donat menggunakan telur manakala Roti arab tanpa telur..

RESEPI ROTI ARAB

Sedap makan panas2....

Bahan A:
31/2 s/k yis segera
1/4 cawan air suam

Bahan B:
500gm tepung gandum
1 s/k garam
1 s/b gula
2 s/b majerin
11/2 susu segar

Cara-cara:

1. Air suam + yis, biarkan 5 min sehingga berbuih
2. Campurkan susu, gula, garam, majerin dan 200gm tepung. Gaul sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan selebihnya 3 cawan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh. kalu melekat xpe, tapi jgn terlalu lembik.
4.Tutup adunan dengan kain lembab dan perap doh sehingga naik 2x ganda.
5. Selepas perap tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan kepada bbrp bahagian, buat bulat2.
6. Ambil sebiji canai nipis,jgn terlalu nipis! kemudian letak didalam dulang, canai sehingga habis.
7. Bila selesai semuanya boleh digoreng , semasa menggoreng simbah2 minyak keats roti dan ia akan mengelembung, api jgn terlalu kuat sbb kalu panas sgt roti xsmpat nak kembung.Alihkan roti & masak hingga kekuningan. angkat & tos kan.
8. Siap! Boleh dicicah bersama kari ayam @ daging atau sambal ikan bilis....Selamat mencuba!

Ready tuk ngap ms breakfast pagi td...

RESEPI KARI AYAM

Resepi kari ayam saya paling simple sbb nak cepat pagi tadi, lgpun wat ckit jer & pada saya kalu korang guna rempah kari babas ni, mang tip top tak yah lg tambah rempah2 yg len.. Rempah kari babas mang cukup rasa. Jgn terkejut yer..mang simple giler. Lgpun mkn berdua jer, pastu mang nak wat ckit jer tuk cicah ngan roti ni...cuba lah..


Bahan-bahan (2 org mkn):
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1in halia
Beberapa ketul ayam & dipotong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
Santan
Minyak masak tuk menumis
Sedikit daun kari
1 biji Cili merah/hidup
Serbuk kari babas (serbuk kari babas mang BEST, ada ummmphhh!)

Cara-cara:
1. Serbuk kari + air tuk dijadikan pes
2. Sambil tu, tumis bwg2 7 halia hingga naik wangi kemudian masukkan pes kari, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan + air + ayam + kentang + daun kari. Gaul sehingga masak dan kentang empuk. Siap & boleh dihidang.





Thursday, May 5, 2011

Buat lagiiiiiiiiiiiiii.....


Lagi-lagi apam pelangi..xbosan ker...???? Entah lah yer, mudah agak nyer.. & suka tgok hasil pelanginya.. tapi kali ni bahan2 yang digunakan diedit2 sendiri... sbb nak wat tuk 2 org makan jer. Tapi ptg smlm dapat jgk bg akak ipar ckit.

Bahan-bahannya:

(A): Dipukul hingga kembang & gebu-warna putih
1 cwn Gula pasir
1s/k Ovallet
2 biji Telur

Kemudian...

(B): Campur + (A), kacau sebati
200ml santan pekat-saya guna santan kara
1 s/k esen vanila

(C): Ayak + (A+B), kacau sebati
2 cwn tepung gandum
1 s/k serbuk penaik

Cara-cara:
1. seperti diatas...
2. adunan dibahagikan kpd 3 @ 2 bhgn, titiskan warna kesukaan..
3. sediakan loyang yg dilapik kertas, masukkan adunan lapis demi lapis sehingga habis
4. kukus selama 30min...siap!