Thursday, May 12, 2011

ROTI ARAB & KARI AYAM



Assalamualaikum...
Kembali bersama resepi yang baru saya cuba pagi tadi.. Walaupun percubaan yang pertama..alhamdulillah.. Pada saya adunan sedikit sbnyk mcm adunan nak wat donat..cuma apa yg membezakan nya...adunan donat menggunakan telur manakala Roti arab tanpa telur..

RESEPI ROTI ARAB

Sedap makan panas2....

Bahan A:
31/2 s/k yis segera
1/4 cawan air suam

Bahan B:
500gm tepung gandum
1 s/k garam
1 s/b gula
2 s/b majerin
11/2 susu segar

Cara-cara:

1. Air suam + yis, biarkan 5 min sehingga berbuih
2. Campurkan susu, gula, garam, majerin dan 200gm tepung. Gaul sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan selebihnya 3 cawan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh. kalu melekat xpe, tapi jgn terlalu lembik.
4.Tutup adunan dengan kain lembab dan perap doh sehingga naik 2x ganda.
5. Selepas perap tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan kepada bbrp bahagian, buat bulat2.
6. Ambil sebiji canai nipis,jgn terlalu nipis! kemudian letak didalam dulang, canai sehingga habis.
7. Bila selesai semuanya boleh digoreng , semasa menggoreng simbah2 minyak keats roti dan ia akan mengelembung, api jgn terlalu kuat sbb kalu panas sgt roti xsmpat nak kembung.Alihkan roti & masak hingga kekuningan. angkat & tos kan.
8. Siap! Boleh dicicah bersama kari ayam @ daging atau sambal ikan bilis....Selamat mencuba!

Ready tuk ngap ms breakfast pagi td...

RESEPI KARI AYAM

Resepi kari ayam saya paling simple sbb nak cepat pagi tadi, lgpun wat ckit jer & pada saya kalu korang guna rempah kari babas ni, mang tip top tak yah lg tambah rempah2 yg len.. Rempah kari babas mang cukup rasa. Jgn terkejut yer..mang simple giler. Lgpun mkn berdua jer, pastu mang nak wat ckit jer tuk cicah ngan roti ni...cuba lah..


Bahan-bahan (2 org mkn):
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1in halia
Beberapa ketul ayam & dipotong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
Santan
Minyak masak tuk menumis
Sedikit daun kari
1 biji Cili merah/hidup
Serbuk kari babas (serbuk kari babas mang BEST, ada ummmphhh!)

Cara-cara:
1. Serbuk kari + air tuk dijadikan pes
2. Sambil tu, tumis bwg2 7 halia hingga naik wangi kemudian masukkan pes kari, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan + air + ayam + kentang + daun kari. Gaul sehingga masak dan kentang empuk. Siap & boleh dihidang.





No comments:

Post a Comment