Tuesday, October 19, 2010

PUDING JAGUNG & KUAH BUAH2AN KOKTAIL

Bila dah berbadan dua ni...teringin sgt nak mkn itu ini...rasa nak mkn, wat sendiri jer, mcm puding jagung ni...sedap, lemak manis dan tinggi serat! Resepi dari En. Nasron, saya suka mkn puding ni ngan susu segar...bertambah-tambah lah lemak n sedap rasanya...yang mengabihkan pu saya sorang jer...hehehehe... Masuk ni ntah berapa kali dah wat, kira expert dah lah...dah bleh agak dah, skrg ni kalu nak wat men campak2 jer..hehehe. Tapi tuk berkongsi resepi yang sedap ni, ada tertera kat bawah ni... Selamat Mencuba, Pasti Puas Hati!

Bahan-bahannya;

  • Tepung Kastard 1 cawan
  • Air Masak 5 cawan
  • Susu Cair (Optional) 1 tin
  • Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
  • Gula Pasir ½ cawan
  • Garam 1 sudu kecil

Cara Membuatnya;

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
  3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
  4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
  5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
  6. INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
  7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
  8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
  9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.
Dinginkan puding di ruangan biasa dalam peti sejuk dan JANGAN SESEKALI masukkan ke ruangan FREEZER. Kalau puding dah keras membeku, apabila ia kembali ke suhu normal, anda akan dapati teksturnya telah berubah menjadi “berurat-urat” atau “bersakar” dan tak sesuai dimakan, hanya layak ditongsampahkan!

KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)

Bahan-bahannya;

  • Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
  • Susu Cair 1 tin
  • Gula Pasir 4 sudu besar
  • Garam ½ sudu kecil
  • Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
  • Air Masak ikut kesesuaian

Cara Membuatnya;

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana kecil.
  3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
  4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
  5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
  6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
  7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA TAMBAHAN

  • Seeloknya kemanisan puding hanya “manis-manis buah” sahaja sebab ia akan dilumuri oleh kuah buah-buahan yang melengkapkan rasanya yang sebenar – manis, sedikit masam buah dan berkrim susu.
  • Kesan penggunaan SUSU CAIR dalam membuat puding ialah ia akan memberikan tekstur yang lebih lembut, warna putih susu dan rasa “lemak”.
  • Jika SUSU CAIR tidak digunakan, puding akan lebih menonjol warna kekuningan, teksturnya rapuh dan kurang “lemak”.
  • Puding yang dijual di pasaran terutamanya di pasar malam atau pasar ramadhan tidak menggunakan SUSU CAIR kerana faktor kos. Namun jika anda suka rasa yang begitu, so jangan letak SUSU CAIR la. No problem punya!
  • Fungsi TEPUNG JAGUNG dalam bahan membuat KUAH BUAH-BUAHAN ialah untuk memekatkan kuah itu. Jika merasa tidak perlu atau tidak suka, jangan letak. Tiada masalah!
  • Anda boleh tambah buah-buahan seperti anggur, potongan kecil tembikai susu, betik, pic dsb.
  • Ada resepi (dari orang lain yang anda boleh dapat banyak di internet) yang tidak banyak menggunakan air untuk membuat puding. Boleh tu memang boleh, tetapi dikhuatiri jika tak pandai atau tersilap, puding kamu nanti jadi “jelantah” atau tak cukup masak. Kerana waktu memasak yang singkat sebab airnya sikit, tepungnya jadi tak berapa masak pula. Saya syorkan 5 cawan, tapi isteri saya letak 7 cawan… hehehe! Pilih, nak ikut cara saya atau cara isteri saya, dua-duanya boleh! Insya’allah menjadi!
  • Ada beberapa gambar di internet yang saya dah tengok, mulanya saya nak cilok dan letak kat sini tapi tak jadi sebab saya rasa puding diorang tak betul2 masak.
  • Puding jika tidak berapa masak akan cepat berair/berlendir, cepat menjadi basi juga ada “rasa tepung”.
  • Memang perlu waktu yang lama untuk memasak puding yang baik. Anda juga terpaksa menghadapi kepanasan kerana harus mengacau secara terus-menerus hingga adunan menjadi LIKAT DAN BERKILAT. Tapi itulah THRILL dan ADVENTURE membuat puding! Jika ikhlas, di situlah terletak “barakah” untuk diri anda dan diri sesiapa yang memakannya, insya’allah!
  • Mak saya ajar, jika sedang memasak bacalah surah Al-Kautsar dan berdoalah untuk orang-orang yang kita sayangi yang kita sedang memasak untuknya. Insya’allah akan memberikan kebaikan kepada yang memasak dan juga orang yang memakannya. Paling baik untuk keharmonian persaudaraan dan kekeluargaan. Semoga anda dan orang-orang yang anda sayangi akan hidup berbahagia di dunia dan juga di akhirat.
Ni semua celoteh dari En.Nasron (saya suka! =)) Resepi ni saya dah cuba 4 kali termasuk yg nie...alhamdulillah..menjadi, cuma kali ni ,saya kurangkan air kepada 3 cawan sahaja supaya tak lembik bila dah sejuk...rasanya yang lemak manis, sgt sedap!

No comments:

Post a Comment