Friday, October 15, 2010

SAYANGILAH IBUMU

video Pendedahan tentang perkembangan janin ni sangat menyentuh hati ku yang bakal menjadi seorang ibu tak lama lagi...Tanpa sedar air mata mengalir melihat pembesaran janin dlm kandungan, tersedar pulak ttg erti pengorbanan seorang ibu. Umi ku sayang (Faridah Baharin) ..terima kasih atas segalanya... I Love You Very Much! Terlalu besar erti pengorbanan mu terhadap anak2mu (Mahfuzah, Nadiah, Yasmin, Nusaibah & Sarah) hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan dan pengorbananmu..
Kini, giliran aku merasai pengorbanan seorang ibu yang membawa kandungan nya selama 9 bulan. Baru tahu rasa keperitan seorang ibu mengandung walaupun kandungan masih berusia 7 bulan. Alhamdulillah..aku dapat mengharunginya dengan penuh sabar dan redha. Keletah si janin dalam kandungan membuatku tersenyum dan terlupa sebentar erti keperitan yang di alami.
Video ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kpd kita ttg pengorbanan seorang ibu dan indah nya ciptaan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment