Friday, December 10, 2010

CUCUR KENTANG IKAN BILIS



















Salam sume...hari ni nak kongsi resepi Cucur Kentang Ikan Bilis... baru je wat tadi...dah siap masuk lam perut dan terus lawat blog nak share resepi baru..
Resepi ni saya belajar dari akak ipar, kebetulan saya mang sgt minat makan kentang. Akak ipar suka campur kentang ngan udang, memandangkan saya jarang beli udang, so saya gantikan ngan ikan bilis..hasilnye sgt sedap! Rupa dalam gmbar nmpak simple, tapi rasanya passti nak lagi. Sesuai dijamu pada waktu petang atau sarapan pagi. Actually, bnyk jugak yang saya ubah sbnrnya... Jom kita tgok resepi...

Bahan:

2 Cawan tepung gandum
2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris)
2 s/b ikan bilis tumbuk
1 biji telur (dipukul)
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Campurkan sume bahan dan kacau sebati.. kemudian boleh lah digoreng dalam minyak yang panas.
2. Dah siap. bolehlah dihidangkan semasa minum pagi atau petang. Sedap dimakan begitu saja atau dihidangkan dengan sos. & sedap dihidangkan bersama air teh susu yang panas2.
3. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment