Monday, November 8, 2010

BIHUN SUP


Semalam...ujan lebat sgt, sejuk2 nih rasa teringin nak mkn something yang leh dihirup & panas2! So terlintas di fikiran nak mkn SUP.... Tgk bahan, bihun ada, ayam ada..so, leh la wat bihun sup! Simple jer..tapi sebagai penambat rasa yang lebih sedap, terasa rajin wat begedil.. Begedil pun tak bnyk pkai bhn, 100 % kentang jer, xcmpur daging (malas sbnr nye nak perisi daging..hehehe).

Resepi: (tak detail sgt, almaklumlah campak2 jer)

Bahan-bahan:

Bihun - 1 bungkus (direndam, dibersih, cucur kan dgn sedikit air panas )

Bahan Sup (3-5 org mkn):
1. 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. 1 biji bawang besar (ditumbuk)
3. 2 inc halia (ditumbuk)
4. 5-6 ketul ayam (dipotong kecil)
5. 5 sudu rempah sup dibancuh sedikit air
6. 1 s/b minyak masak
7. Daun sup - hiasan atau pewangi sup..

Cara-cara:
1. Sediakan periuk, panaskan minyak & tumis bahan2 yang ditumbuk sehingga naik wangi, kemudian masukkan air.
2. Kemudian, masukkan ayam & (kentang kalu suke..), biar sampai ayam & kentang empuk, kemudian masukkan pula rempah sup tadi & masukkan sedikit daun sup. Masak sampai mendidih dan leh tup api ...
4. Masa tuk hidang & ngap!

Bahan2 Begedil:
1. 10 biji kentang (dibuang kulit & direbus hingga empuk, kemudian dilecek halus)
2. Sedikit tepung jagung, (senang kepal & xmudah pecah bila digoreng)
3. 1 biji telur (dipukul)
4. Sedikit lada hitam
5. Garam secukup rasa
6. Daun sup atau dauan bawang dihiris halus
7. Minyak tuk menggoreng

Cara:
1.Campurkan semua bahan kecuali telur, gaul sebati.
2. Kepalkan bahan2 tadi menjadi bulat & tekan sedikit menjadi leper.
3. Kemudian salut ketulan begedil tadi dalam telur kemudian goreng dalam minyak yang panas.
4. Siap & boleh dihidang dengan bihun sup!
Selamat Mencuba!

* Bahan ini adalah hakcipta, simpanan & bacaan sendiri. *







Saturday, November 6, 2010

KARI TELUR



Resepi hari ni... telur masak kari...simple jer, nak masak mewah2 sgt 2 org je yang mkn nye...

Bahan-Bahan:

4 biji telur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili muda
2 sudu besar serbuk kari ½ biji kelapa parut
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar kicap tomato
Garam secukupnya
1 sudu teh air limau nipis

Cara:

Telur direbus keras & kupas. Bawang besar & bawang putih dicincang halus. Cili muda dibelah 2. Serbuk kari dibancuh bersama sedikit air. Kelapa ambil 2 cawan santan. Panaskan minyak & tumiskan bawang-bawang tumbuk tadi sehingga kuning. Masukkan rempah, cili, tomato, kicap, biar garing. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan santan, telur & garam. Biarkan sehingga menggelegak. Kecilkan api & masaklah sehingga pekat, (5 minit). Sebelum menghidang, telur dibelah 2 & aturkan di dalam pinggan. Perah air limau nipis ke dalam sos & curahkan sos di atas telur. Hias dengan daun pudina.

SERUNDING IKAN

1st time.....


Isi serunding tadi dah di isi lam popia ikat ni...


Sebotol...leceh, tapi puas hati...

Assalamualaikum sume... hari ni saya nak share resepi serunding ikan dan popia comel. Sempena raya haji ni nak wat jugak. Tapi memandangkan, kandungan dah masuk lapan ni, nak duduk lama2 pun tak kena... Resepi ni dah wat masa raya aidilfitri, tapi baru skrg sempat nak update..huhu..

SERUNDING IKAN
Bahan-bahannya:

Ikan kembung/ ikan tenggiri - 1kg (saya guna ikan selayang)
2 biji kelapa (diambil santannya)

Bahan Kisar:
25 cili kering (saya wat lebih)
10 cili hidup
2 inc halia
2 inc kunyit hidup
2 inc lengkuas
2 btg serai
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
5 asam keping (2 utk kuali , 3 utk periuk)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Sediakan periuk dan rebus ikan dengan air bersama asam keping, rebus sampai iakn masak. Jangan terlalu lama. Dah siap, sejukkan ikan tersebut, kemudian isi nya diambil dan kisar bersama air rebusan ikan tersebut.
2. Sediakan kuali, tumis bahan yang dikisar + asam keping sehinggga masak, masukkan santan kemudian diikuti dengan isi ikan, tumis hingga kering...
3. Tadaaa..maka siaplah serunding ikan....
4. Boleh lah digunakan tuk isi popia atau makan ngan pulut..sedap! Selamat mencuba!

POPIA COMEL

Bahan-bahan:
Sediakan kulit popia..dipotong kepada beberapa bahagian. brbentuk segiempat sama, (Nad guna yg spring home,kenyal..sng nak ikat) lpas potong jgn terdedah pd udara..